Saturday, 21 March 2015

Pencemaran Udara







PENDAHULUAN

Pencemaran udara didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfer monoksida dan carbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang yang tidak terkawal. Pencemaran udara sekunder pula berpunca daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.




 Definisi

Pencemaran udara bermaksud satu keadaaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan ketidakselesaan.  Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.  Bahan-bahan ini akan memasuki ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.

Menurut Wark dan Warner 1901 pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka masa yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu, pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya dalam atmosfera. Jenis bahan pencemar ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, allergen dan plumbum serta logam-logam lain.



Punca dan Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

1. Pembebasan asap kilang
Mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.  Asap yang dikeluarkan juga berwarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.
Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap.  Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat.  Pihak pengilang yang ingkar, boleh diambil tindakan undang –undang seperti didenda dan penjara

2. Pembebasan asap kenderaan
Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah.  Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah berwarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.
Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan asap.  Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara.  Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam.

3. Pembakaran bahan api fosil di stesen jana kuasa elektrik terma
Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petroleum, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesen janakuasa berkenaan.  Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesen janakuasa terma di Paka dan Bintulu.
Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.  Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah
Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai.  Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.
Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang  beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit
Sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang  di Sumatera dan Riau baru-baru ini.  Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.
Langkah mengatasi : Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan.  Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka dikawasan perumahan
Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan, Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran hutan
Kejadian jerebu yang melanda di kawasan perumahan seperti yang dapat kita lihat baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas.  Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan pserumahan berhampiran dipenuhi debu-debu berwaran hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.
Langkah mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentuk awan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan.  Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. 

Kesan Pencemaran Udara

Kesan Pencemaran Udara kepada Manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia ialah kesihatan .  Contohnya kesan kepada sistem pernafasan.  Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.  Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari.  Contoh bahan tersebut ialah gas ozon, ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.  Manakala habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.  Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta mausia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.  Ini menunjukkan, ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

Kesan Pencemaran Udara Kepada Tumbuhan
Selain itu, kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.  Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian yang membuat penduduk  juga akan mengalami masalah.


Kesan Pencemaran Udara kepada Haiwan
Manakala kesan kepada haiwan ialah haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.  Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki kedalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

Kesan Pencemaran Udara kepada Bahan
Kesan terhadap bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.  Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.  Selain itu, hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

Penyusutan Lapisan Ozon
Pencemaran udara menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.  Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kanser kulit.  Selain itu, pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.


Hujan Asid
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya hujan asid.  Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida  dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.  Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.  Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.   Akibat daripada itu, ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.  Selain itu, ia boleh menghakis pakaian, kertas, dan bahan binaan bangunan.  Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan mengalami kerosakan struktur tanah.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan  global yang disebabkan oleh kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.  Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.  Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.  Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba bumi  terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.  Kesan ini akan menyebabkan permukaan bumi menjadi panas.  Kesan ini akan menyebabkan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, dan banjir akan berlaku secara kerap serta kejadian alam tidak normal akan berlaku.

Atmosfera
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.  Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.  Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran udara  berpunca daripada perlepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos, simen atau bateri kereta.  Selain itu, pembakaran di tempat perlupusan, pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa  juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.  Bahan-bahan seperti sampah sarap, sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.   Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut. 
Pencemaran tersebut  juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi, pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.  Namun demikian, bahan pencemar  udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan dikawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

RUJUKAN 

1.http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
2.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html