PENDAHULUAN
Pencemaran udara didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.
Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfer monoksida dan carbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang yang tidak terkawal. Pencemaran udara sekunder pula berpunca daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.
Definisi
Pencemaran udara bermaksud satu keadaaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan memasuki ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner 1901 pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka masa yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu, pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya dalam atmosfera. Jenis bahan pencemar ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, allergen dan plumbum serta logam-logam lain.
Punca dan Langkah Mengatasi Pencemaran Udara
1. Pembebasan asap kilang
Mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan nitrogen oksida. Asap yang
dikeluarkan juga berwarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara
persekitarannya.
Langkah mengatasi
: Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah
dirawat. Pihak pengilang yang ingkar,
boleh diambil tindakan undang –undang seperti didenda dan penjara
2. Pembebasan asap kenderaan
Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan
minyak diesel kerana harganya yang lebih murah.
Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan
dibebaskan adalah berwarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang
menyakitkan hidung.
Langkah mengatasi :
Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic
converter pada enjin kenderaan asap. Di
Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan
Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara.
Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang
bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam.
3. Pembakaran bahan api fosil di stesen jana kuasa elektrik
terma
Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petroleum, gas
asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesen janakuasa
berkenaan. Contohnya, pencemaran udara
di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesen janakuasa terma
di Paka dan Bintulu.
Langkah mengatasi :
Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik,
biomas dan tenaga suria. Negara kita
telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di
Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.
4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah
Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami
padi setelah musim menuai. Keadaan ini
menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di
Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.
Langkah mengatasi :
Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas
seperti yang digunakan oleh Kilang beras
di Alor Setar.
Sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran
udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.
Langkah mengatasi
: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan
makanan ternakan. Lidinya boleh
dijadikan penyapu.
6. Pembakaran terbuka dikawasan perumahan
Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas,
tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi
: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah
menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di
kawasan perumahan, Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Kebakaran hutan
Kejadian jerebu yang melanda di kawasan perumahan seperti
yang dapat kita lihat baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara
semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan gambut ini terbakar apabila
menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan pserumahan
berhampiran dipenuhi debu-debu berwaran hitam dan bau asap yang menyesakkan
pernafasan.
Langkah mengatasi
: Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentuk awan tiruan dengan
tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat
Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini.
Kesan Pencemaran Udara
Kesan Pencemaran Udara kepada Manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia ialah kesihatan
. Contohnya kesan kepada sistem
pernafasan. Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindak balas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan
tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Contoh bahan tersebut ialah
gas ozon, ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru. Manakala habuk, asap, kabus, wap atau
bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyatakan sebanyak tiga juta mausia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara. Ini menunjukkan, ia
adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan kenderaan di jalan raya.
Kesan Pencemaran Udara Kepada Tumbuhan
Selain itu, kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami
kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun, klorosis iaitu pertukaran warna
dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini
akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian yang
membuat penduduk juga akan mengalami
masalah.
Kesan Pencemaran Udara kepada Haiwan
Manakala kesan kepada haiwan ialah haiwan tersebut akan
terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang
memasuki kedalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber
tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
Kesan Pencemaran Udara kepada Bahan
Kesan terhadap bahan juga adalah kerosakan yang berlaku
akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran
pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.
Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus. Selain itu, hakisan logam juga
merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida
didalam udara.
Penyusutan Lapisan Ozon
Pencemaran udara menyebabkan berlaku pemanasan global akibat
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari. Pendedahan terus oleh cahaya
matahari boleh menyebabkan penyakit kanser kulit. Selain itu, pancaran matahari yang terik juga
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi
sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa
kini.
Hujan Asid
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya hujan
asid. Hal ini disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid
sulfuric dan asid nitric. Asid tersebut
akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan
hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia. Akibat daripada itu, ia akan membunuh
tumbuhan dan juga hidupan air. Selain
itu, ia boleh menghakis pakaian, kertas, dan bahan binaan bangunan. Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam
tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah
tersebut tidak subur dan mengalami kerosakan struktur tanah.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan
oleh masyarakat ialah kesan pemanasan
global yang disebabkan oleh kesan pemanasan global yang disebabkan oleh
kesan rumah hijau. Pemanasan global
berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan
suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul
di dalam udara. Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas. Kesan ini akan
menyebabkan permukaan bumi menjadi panas.
Kesan ini akan menyebabkan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, dan
banjir akan berlaku secara kerap serta kejadian alam tidak normal akan berlaku.
Atmosfera
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap
atmosfera. Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu. Keadaan persekitaran yang berjerebu akan
menyebabkan kemalangan mudah berlaku.
Kesimpulannya, pencemaran udara berpunca daripada perlepasan asap kenderaan,
penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos, simen atau bateri
kereta. Selain itu, pembakaran di tempat
perlupusan, pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
berlaku. Bahan-bahan seperti sampah
sarap, sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran
udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah. Ada sesetengah masyarakat yang masih
menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk
memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.
Pencemaran tersebut
juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,
pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa. Namun demikian, bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan
dikawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan
yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan
penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin, letusan
gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
RUJUKAN
1.http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
2.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html
Kami menawarkan cara untuk mengurangkan kesan pencemaran udara hasil dari penggunaan kenderaan berat(engin lori dan bus). Produk kami adalah emulsi diesel dengan air adalah produk diesel ditambah nilai seperti yang dihasilkan oleh syarikat minyak ternama Aquadiesel (Shell) dan Aspira (BP).
ReplyDeleteMN Fuel Solutions Sdn Bhd mempunyai paten dalam menghasilkan Kleen Diesel ini yang berkualiti.
Antara kelebihan Kleen Diesel:
1. Murah dari harga pasaran
2. Memberi lebih KM dengan pembakaran diesel lebih lengkap
3. Kurang opasiti asap dan pelepasan karbon, Nox
4. Pengecaman mudah untuk mengekang penyelewengan diesel
5. Mematuhi European Standard CEN CWA 15145: 2004
Sesuai untuk
1. Lori/Trailer/Jentera
2. Generator Diesel
3. Industri perkapalan
Terma
1. MOQ 1000 liter
2. Percuma penghantaran untuk 11000 liter ke atas di sekitar Lembah Klang
3. Cash Before Delivery (CBD)
Kapasiti Pengeluaran Kami: 50,000 liter sehari
TAWARAN TERHAD: Percuma sampel 50 liter Kleen Diesel apabila anda melawat fasiliti kami (Selagi stok masih ada)
Sila hubungi kami untuk temujanji mahupun pembelian di
MN Fuel Solutions Sdn Bhd
+603-7885 8663
Kompleks Kilang SME, Sunway Damansara
Bakal pelanggan asli dan ejen juga dialu-alukan.